Monday 24 December 2012

Cinta Ukasyah

Assalamualaikum,

"Jangan tinggalkan kami Ya Rasulullah,kami ingin bersamamu Ya Rasulullah,"
Jawab Rasulullah : "siapa yang mencintaiku,akan bersamaku sentiasa".


             Sehinggakan ada antara sahabat sahabat yang tidak pulang ke rumah apabila mengetahui Rasulullah sedang sakit.Lalu Saidina Umar berpakat dengan Saidina Abu Bakar untuk bertemu Rasulullah lalu mereka berkata,"Ya Rasulullah semakin hari semakin ramai orang datang ke masjid untuk mengetahui perkhabaran serta keadaan mu Ya Rasulullah.Masing masing sudah tidak pulang ke rumah semata mata ingin mengetahui keadaan mu Ya Rasulullah,boleh tak Rasulullah,kamu keluar sekejap dan beritahu tentang keadaan dirimu Ya Rasulullah.Selepas daripa itu kamu masuk lah semula Ya Rasulullah".
Lalu Rasulullah menyebut,"kamu tak tengok ke keadaan aku sekarang?aku tak larat untuk bangun,"
Kata Saidina Umar dan Saidina Abu Bakr,"kami papah kamu Ya Rasulullah".
Lalu Saidina Umar memapah Rasulullah disebelah kiri manakala Saidina Abu Bakr memapah disebelah kanan.

              Apabila Rasulullah keluar,lalu Rasulullah membuat ucapan, "sahabat sahabat,boleh jadi inilah kali terakhir aku bersama kalian "
Rasulullah terus menerus memberi ucapan.Pada akhir ucapan baginda,Rasulullah menyebut, "siapa dikalangan kamu yang aku pernah berhutang,atau aku pernah menyinggung hati kamu,?tolong sebut sekarang kerana aku tak nak menyebut di hadapan Allah dalam keadaan aku ini masih lagi berhutang dengan kamu wahai sahabat sahabat,".

              Sahabat sahabat semua tunduk,tiada seorang pun yang bangun.Tiba tiba ada seorang sahabat yang namanya Ukasyah bin Mikhson.Ukasyah mengangkat tangan."Saya Ya Rasulullah,saya Ya Rasulullah,"katanya Ukasyah.Rasulullah memandang dan berkata,"kenapa dengan kamu wahai Ukasyah?"
"Kamu ada hutang dengan saya wahai Rasulullah,"Ukasyah menjawab.
Lalu Rasulullah berkata,"apa hutang aku dengan mu wahai Ukasyah,?".
Ukasyah berkata,"kamu pernah mencucuk perut aku dengan kayu sugi mu wahai Rasulullah.Kayu sugi kamu,kamu cucuk diperut saya wahai Rasulullah,"
"Bila wahai Ukasyah,"tanya Rasulullah.
"Satu ketika aku sembahyang dengan kamu,aku terkedepan sikit,kamu tengok saf aku terkedepan,kamu ambil kayu sugi mu,kamu cucuk perut aku wahai Rasulullah,"Ukasyah menjawab dengan suara yang nyaring.
Lalu Rasulullah berkata,"kamu terasa hati ke wahai Ukasyah?"
"Ya,aku terasa hati dengan perbuatan mu itu wahai Rasulullah,"Ukasyah membalas.
"Oleh itu apa yang harus aku buat,?"kata Rasulullah dengan suara yang amat lembut.
"Aku ingin cucuk kayu sugi di perut mu wahai Rasulullah,"

               Sahabat sahabat yang berada di situ semua bangun,"Wahai Ukasyah,kamu nak balas pada Rasulullah?Rasulullah sedang sakit,"
Sahabat sahabat yang lain bangun,"kamu tak nampak ke wahai Ukasyah Rasulullah sedang sakit?balaslah kepada kami.Kami sedia menjadi barang ganti kepada Rasulullah,"sahabat merayu rayu kepada Ukasyah.
Apabila sahabat sahabat berkata begitu,Ukasyah melontarkan kata katanya,"Diam semua!!diam semua!sekarang Rasulullah yang buat salah terhadap aku,aku nak ta'zir dengan Rasulullah,bukan kamu semua yang buat salah terhadap aku,"
Lalu kata Rasulullah,"Sahabat sahabat memang benar,aku pernah mencucuk ke perut Ukasyah,aku tak tahu Ukasayah terasa hati dengan perbuatan aku,"
"Wahai Ukasyah,sekarang balaslah kepada aku,"kata baginda.
Semua sahabat sahabat terdiam.

               "Ya Rasulullah depa tangan mu,".Rasulullah mula mendepa tangannya.Apabila Rasulullah depa tangan,lalu Ukasyah berkata,"wahai Rasulullah,waktu mana engkau mencucuk perut aku,butang baju aku terbuka,kamu buka butang baju mu Ya Rasulullah,"
Tatkala Rasulullah membuka baju serta mendepakan tangan,Ukasyah terus menerpa perut Rasulullah.Dia cium perut Rasulullah.Dia menangis teresak esak di perut Rasulullah.Dia menangis sambil menyebut, "Wahai Rasulullah aku tidak berniat pun nak menyinggung hati kamu,aku cium diperut mu ini wahai Rasulullah kerana  aku nak bagitahu kepada kamu wahai Rasulullah agar neraka mengenali muka aku yang pernah mencium perut mu ya Rasulullah.Apabila Ukasyah pegang sahaja perut Rasulullah,Rasulullah menurun ke bawah.
"Wahai Rasulullah jangan tinggalkan kami,jangan tinggalkan kami,"

                Rasulullah mencium di umbun umbun kepala Ukasyah lau baginda menyebut, "wahai Ukasyah,orang yang mencintai seseorang dia akan bersama dengan siapa yang dia cinta di atas dunia ini,"
"Kalau kamu tetap cintakan aku,kamu tetap akan bersama aku,"
Sehinggalah pada waktu dan masa wafatnya baginda.Saat yang pilu bagi seorang pejuang Islam untuk menerimanya.Apabila sebut sahaja Rasulullah wafat,orang yang tadi penyanyang terhadap Rasulullah,berubah sehinggakan hampir hilang akal.
Saidina Umar menyebut,
"jangan seseorang pun menyebut Rasulullah wafat,Rasulullah tidak wafat,Rasulullah bagaikan nabi Isa yang dinaikkan oleh Allah ke langit dan nabi Muhammad pun sedemikian.Barang siapa yang menyebut Rasulullah wafat,dia boleh tengok kepala dia terpenggal daripa jasad,"
Dalam keadaan begini,sahabat sahabat mencuit Saidina Abu Bakr agar membuat sesuatu yang boleh menyelamatkan keadaan Saidina Umar.

                   Lalu Saidina Abu Bakr naik ke mimbar."Wahai manusia semua,barang siapa yang menyembah Muhammad,Muhammad sudah mati,barang siapa yang menyembah Allah,Allah itu hidup dan tidak akan mati.Muhammad tidak lain kecuali rasul,dan dia telah di dahulu sebelum dia menjadi rasul,"
Terdengar sahaja ayat sedemikian,tersungkur Saidina Umar lalu menyebut, "Rasulullah sudah wafat,rasulullah sudah wafat,aku baru terasa ayat ini seolah olah baru turun dan aku tak sedar patah patah yang keluar daripada mulut aku kalimah kalimah sedemikian..