Wednesday 13 November 2013

jangan hilang harapan

saya percaya setiap orang akan sampai lowest point on their relationship in life.hati sakit macam kena pijak.kehilangan separuh jiwa.hati sakit sampai menangis tak keluar air mata.dan sedar atau tak,kebanyakan dari kita akan sedar akan adanya tuhan bila waktu susah begini.Dia lah yang menjadi tempat meminta,mengadu bilamana sudah tiada telinga lagi yang mampu mendengar sedih kita.

sekadar nak beri nasihat.saya pun naik menyampah dengan diri sendiri.tapi perasaan ini bukan saja saja reka.bukan saja saja minta.soalan yang kerap bermain diminda,kenapa?kenapa jadi macam ini?kenapa dia tak pernah nampak susah payah aku selama ini?kenapa?saya sendiri pun tiada jawapan untuk itu.saya anggap itu adalah karma.mana tahu boleh buat datangkan semangat.mungkin sebelum ini saya bersikap kejam dengan orang.mungkin saya pernah sakitkan seseorang.mungkin.

saya malas.saya dah tak nak sakit hati.saya malas nak sumpah seranah orang.sampai satu tahap saya sendiri berang.malas nak kenal hati budi manusia.malas.malas.malas.tapi itu semua keluar dari mulut saja.sedangkan hati bila bila masa Dia boleh bolak balik kan.kuasa tuhan kena pasrah,dan tak boleh pulak kita marah marah.there's always rainbow after the rain.itu orang kata lah.

satu benda yang saya percaya dari dulu sampai sekarang.jangka masa kita bercinta dengan seseorang tak menjamin langsung dia adalah jodoh kita.jangan takut ambil risiko.maybe this is your destiny.alhamdulillah,saya bahagia tengok dia hari hari.saya bersyukur dia masih lagi menjaga apa yang harus dia jaga walaupun hari hari saya sakit hati memendam rasa..sementara masih bernafas ini,minta doa dari Dia.tuhan sentiasa dengar doa kita.jangan minta sekali.jangan minta dua kali.tapi minta berkali kali.semakin kita minta,semakin kita dekat denganNya.Kadang kadang pencinta rahsia itu lebih indah daripada pencinta yang memberitahu seluruh isi dunia.i love you to the moon and comeback.

Tuesday 12 November 2013

peringatan untuk awak



Awak,
Tak semua perempuan itu pandang hati.Jadi awak siap siapkanlah diri.Dengan harta berguni guni.Dah awak sendiri nak muka macam romeo n julie.Setakat pakai kereta kenari,makwe kilang sekarang pun demand tinggi.Minta minta orang begini dijauhi.

Awak,
Tak semua lelaki berperangai syaitan.Masih ada dua tiga orang yang siuman.Ynag jenis tak pandang awak punya cutting badan.Yang jenis pandang muka keibuan.Jadi tak payah lah awak asyik nak buat perbandingan.Muka awak dengan zaara amirah bagai langit dengan lautan.Jadi jagalah perangai awak,jangan jadi murahan.Hantar gambar awak tanpa seurat tenunan.pahala tak dapat,dosa pula awak berkenan.

Awak,
Tak semua jenis lelaki yang awak idamkan.Jenis apa yang awak minta,dia lambak penuh satu taman.Jenis semua kerenah manja awak,mengajuk awak,dia nak pujukkan.Awak ini pun beragak agaklah kan.Belajar tak sampai 24 bulan,dah minta cincin berlian.Awak ingat dia anak jutawan.come on lah,adik awak pun tak cukup makan.Siap pau awak cukup hujung bulan.

Awak,
Moga awak mengerti.Hidup bercinta tak manis hari hari.Ada masa orang akan pergi.Ada masa awak sendiri lari.Moga awak tak makan diri.Setakat baru bercinta 18 bulan dah nak bunuh diri,balik semula ke Ilahi.

Tapi,
Cinta seronok.sepi.kadang kadang rindu.

Jadi,
Untuk dapat bahagia,minta pada Dia.Untuk ditemukan dengan teman hidup yang faham jiwa raga kita,minta pada Dia.Untuk diberikan kekuatan untuk jiwa yang punah ranap,minta pada Dia.Jangan minta sekali.Jangan minta dua kali.Tapi minta berkali kali.Semakin kita minta,semakin kita dekat dengan Dia.Semakin kita dekat dengan Dia,Semakin kita menemukan hikmah dan nikmatNya.Jangan dikeluh sangat hati yang bersepai,terkoyak,berkecai.Kalau dikongsi dengan seluruh isi dunia sekalipun,takkan mampu ubah apa apa.cari Dia.ma fi qalbi ghairullah.

Thursday 7 November 2013

Surat Untuk Kekasih

 
         
            Awak,buat apa?dah makan?ada sakit apa apa?kerja okey?study okey?hari ini ada apa apa nak mengadu tak?kalau semua beres,baguslah.Awak,hari ini cinta masih kuat.Rindu masih ligat.Tapi masa depan kita tak boleh teka teka.Mana tahu hari esok tiada jodoh antara kita.Maka itulah tujuan surat ini.Sebagai penguat semangat.Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab tak nak ingat.


           Awak,seperti malam boleh menjadi pudar.Hujan boleh berhenti.Bunga tak berkembang.Begitu juga dengan hati dan perasaan.Bpleh sahaja hati dan perasaan itu kurang atau hilang tiba tiba.Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak saya atau awak.Itu semua mungkin kehendak Tuhan.Kehendak Tuhan kena pasrah.Tak boleh resah,parah atau marah marah.Dan jangan pula awak menyerah kalah.


           Benda dah lepas,maka lepaskanlah.Pegang masa depan dengan erat.Andai ianya terlepas,awak baca semula ayat pertama perenggan ini.Awak,biasakanlah hidup tanpa saya.Risau risau saya hilang tiba tiba.Hilang diambil tuhan atau hilang tanpa berita.Mungkin cinta saja tak cukup.Mungkin bayangan awak di syiling setiap malam tak cukup,mungkin mimpi indah juga tak cukup.Mungkin apa yang cukup mungkin juga tak nampak cukup.


Deep kan ayat saya tadi?
Saya baru terfikir,terasa genius jugak.


          Awak,jika hubungan kita berakhir,dan saya kelihatan tak ambil peduli tentang awak,percayalah saya peduli.Apa orang lain fikir,saya tak peduli.Saya cuma tak mahu menganggu.Menganggu hidup dan hati.tak perlu ditunggu,cukup jika awak bahagia dan tak pernah termanggu.Dalam cinta,tak ada tapi tapi.Tak ada keputusan seri.Perlu jelas dan sentiasa bererti.


         Andai saya kalah memiliki awak,maka saya terima segala kekurangan saya.Andai awak kalah memiliki saya,maka awak kena terima yang awak rugi gila.Tiba tiba saya rasa melankolik.Rasa macam pasir masuk mata.Tapi jangan risau,bab sedapkan hati sendiri,saya cukup terer.Jika tanpa saya atau adanya saya,benda paling penting ,awak happy.Awak happy,saya pun happy.Kalau rabak sikit sikit itu perkara biasa.


        Saya sudahkan surat saya ini dengan ucapan maju jaya.Semoga cinta ada ruang.Semoga kita ada peluang.Andai semua sudah terbuang.Jangan pernah berhenti berjuang.Salam sayang teramat sayang untuk kekasih saya yang manis tapi kadang kadang bengis.Surat ini hanya valid kalau tiba tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih.Kalau belum anggap sahaja saya tulis di bawah pengaruh separuh sedar.Bak kata sahabat saya yang ala ala kembar drama yang meletup di tv3 sekarang,"jaga hati sebab allah,jaga diri sebab allah,insyaallah.Ma Fi Qalbi Ghairullah"- fi amanillah.