Tuesday 4 November 2014

sentap

kemarin sebelum balik ke terengganu,aku terus ke bilik mak.seperti biasa,mak mesti baru habis solat,belek belek buku agama.memang dah rutin dia setiap kali lepas solat.

aku baring.mengular atas katil mak.sambil aircond menghala ke muka.sambil reply mesej auni hasnaa.lepas tu aku tanya mak.

"mak,kalau alang mati dulu mak sedih tak?"

soalan bodoh.aku tahu tu.tapi sengaja nak jadikan topik.

"mak mana yang tak sedih kalau hilang anak?" mak tanya balik.

"yeke mak?" balas aku.

"tapi mak dah tua.mak dah kuat nak terima semua benda benda sedih.dari bangku sekolah anak anak mak duduk jauh dari mak.seorang asrama sana,seorang asrama sini,seorang asrama luar negeri.mak dah matang nak hadap benda benda yang tak nampak depan mata mak.tapi mak tak pernah skip doa untuk anak anak mak.kalau alang hilang mak ni,macam manalah nanti hidup alang.hilang tempat mengadu,tempat bermanja,tempat kongsi suka duka" jawab mak.

"seelok eloknya,biar mak pergi dulu.sebab nanti kalau alang mati,mak yang hidup ini susah hati.bukan mak sedih sebab alang mati.sebab mati tu benda pasti.mak sedih bila kenangkan nasib alang kat "sana".kalau alang mati dulu,alang tengoklah diri alang.dah lah solat hujung waktu,bangun subuh mak yang kejutkan,subuh pun subuh gajah.itu tak masuk lagi dengan dosa dosa lain" sambung mak lagi.

diam.
sentap.
air liur tengah tengah anak tekak.
telan air liur.
kelu.
tahan sebak.
mata bertakung air.
air jatuh menitis.
banjir atas katil mak.
peluk mak dari belakang.


banyak yang susah sebenarnya dari yang senang dalam hidup aku.banyak nak mampus.benda yang selalu terjadi dalam drama drama melayu di kaca tv.
apa,ingat aku tak pernah rasa?
apa scene scene paling tipikal dalam filem filem lasak yang aku tak pernah rasa?
dari jatuh pokok rambutan,jatuh basikal,kena pukul dekat asrama,retak tulang hidung,sampai lah degil tahap melawan cakap mak, kena masuk mengadap bilik prof,lec,doktor madya,sebab selalu skip kuliah hampir setiap sem.hidup bergelumang dengan macam macam.kenal dengan macam macam manusia.dari yang paling malaikat,sampai ke yang paling binatang.dari manusia yang paling popular dalam universiti,sampai ke manusia yang paling kurang bercakap dalam bumi.pernah main cinta.ditinggal,meninggal dan memang saja saja tinggal.

apa yang aku tak pernah rasa?

kalau aku adalah tulisan aku,sebuah buku takkan cukup mendefinasikan aku.mentafsirkan aku.perlu berjilid jilid,kerana hidup aku berlapis lapis fasanya.dan kerana aku manusia yang masih berdegil untuk tidak belajar dari apa yang aku redah,tadah,hadap,sentap.
blog adalah hidup aku.dunia di mana aku boleh lari dan bercerita tanpa perlu menumpahkan perasaan semuanya di dada,pada manusia,dan pada benda.

kita semua ada rahsia.aku juga
tapi aku sekadar pencerita,
dimana semua yang membacanya,mahu mencari kisah mereka dalam tulisan aku

maka carilah,semoga ada.

sayang mak!
terima kasih mak!