Monday 22 October 2012

Dia Kekasih Allah

Assalamualaikum


Terdapat sebuah kisah tentang cinta sebenar benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan rasulNya.Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning,burung burung gurun enggan mengepakkan sayap.ketika itulah Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah.Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabat sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap baginda dengan mata berkaca kaca.Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Uthman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepala dalam dalam.Isyarat itu telah datang dan saat itu sudah tiba.


Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda tanda itu semakin kuat tatkala Ali memimpin Rasulullah yang lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.Disaat itu,kalau mampu,semua sahabat sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik detik berlalu.Matahari kian tinggi,tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba tiba dari luar pintu terdengar seorang yang memberi salam dan ingin memasuki rumah Rasulullah.Fatimah,anak kesayangan Rasulullah tidak mengizinkannya untuk masuk ke dalam rumah.Kemudian dia kembali menemani ayah.


Pada saat itu Rasulullah bertanya kepada Fatimah siapa yang memberi salam sebentar.Fatimah sendiri tidak mengenali lelaki itu dan orang sepertinya baru pertama kali Fatimah melihatnya.Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah anakku,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut"
Fatimah menahan ledakan air matanya.


Detik detik semakin dekat,saat Izrail melakukan tugasnya.Perlahan roh Rasulullah di tarik.Nampak seluruh wajah Rasulullah bersimbah peluh.
"Jibril,betapa sakitnya sakaratul maut ini."
Nada yang perlahan Rasulullah mengaduh.Fatimah terpejam.Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memaling muka.
"Jijikkah kau melihatku?hingga kau palingkan wajahmu dari wajahku Jibril?"Tanya Rasulullah kepada Jibril.
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah di akhir akhir ajalnya."kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar suara Rasulullah menahan kesakitan yang tidak tertahan.
"Ya Allah,dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan kepada umatku."
Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan ingin membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya di bibir Rasulullah.
"Uuushiikom bissolati wa maa malakat aimanukom,peliharalah solat dan peliharalah orang orang yang lemah antara kamu semua."
Diluar pintu tangis mulai kedengaran bersahutan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,dan Ali mendekati telinganya di bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummati...ummati...ummati..,umatku...umatku..unatku.."
Berakhirlah hidup seorang manusia yang paling mulia yang memberi sinaran di seluruh dunia.
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi



Friday 19 October 2012

Surat Untuk Awak

Assalamualaikum.

Awak,

Waktu kecil kecil dulu mak ayah kita mesti suruh belajar silat,taekwondo,atau pun lebih mudah seni mempertahankan diri.Bila kita tanya kenapa,mesti mereka jawab nanti kalau ada orang jahat,boleh kalahkan orang jahat.Kita mulalah berangan nak jadi power rangers,powerpuff girl dan sebagainya.Tetapi bila umur kita semakin meningkat,kita rasa macam tak ada faedah belajar seni mempertahankan diri itu.Sebab zaman sekarang semakin canggih.Bila orang jahat angkat M16 barulah kita terkial kial nak buka langkah seribu silat.Pernah tak kita rasa belajar seni mempertahankan diri itu membazirkan duit mak ayah,walhal bila orang jahat angkat M16 kita terus pucat.

Awak,zaman sekarang bukan kehebatan kita dalam silat,taekwondo di pandang.Tetapi kehebatan kita menjaga hubungan dengan Allah,menjaga iman serta nafsu.Itu yang di pandang oleh Allah.Mesti awak tertanya tanya apa kaitan seni mempertahankan diri dengan iman,nafsu dan sebagainya ini.Mesti awak kata orang yang tengah tulis surat ini senget benget kan.Zaman sekarang ini kalau kita sendiri tak kuat,senang sangat kita nak terjebak dengan benda jahat.kalau hubungan kita dengan Allah dan Rasul kuat,insyaAllah yang lain pasti akan jadi kuat.Tengok hubungan sahabat sahabat Rasulullah dengan Allah.Mereka sangat menjaga hubungan dengan penciptanya serta kekasihNya.Sebab itu iman mereka tidak pernah pudar walaupun sehingga Rasulullah wafat.

Tapi zaman sekarang seakan dah berubah,berubah ke arah jahilliyah.Kalau ada orang yang baik mesti akan dipandang pelik.Jika ada yang pakai kopiah di anggap jumud dan tidak maju.Jika ada yang bertudung labuh serta berjubah,di anggap ketinggalan zaman pada fesyen pakaian.Sehinggakan yang 'baik' itu tampak jadi asing,yang dedah aurat,minum arak,berzina di anggap perkara biasa.Jadi apa yang boleh bantu kita nak counter maksiat ini.Tak lain tak bukan hubungan kita dengan Tuhan.Saya tahu mesti awak cakap sukar nak menjaga iman.Iman ini kan senipis kulit bawang.Tidak mengapa kita semua tidak sempurna,kita semua memang tidak boleh jadi sempurna,tetapi kita boleh berusaha menjadi sempurna.

Saya bukan baik sangat.kadang kadang pun terlalai dengan maksiat.Tapi jika kita sedar dah buat maksiat,teruslah cepat cepat bertaubat.Banyak berdoa kepada Allah agar hati hati kita sentiasa dipenuhi berkat,selamat dunia akhirat.So,let's be a better person together.Sekarang bukan zaman bersilat,tetapi zaman mengukuh iman kita supaya tidak terjerumus ke dalam lembah maksiat.Saya rasa setakat ini suarat saya untuk awak.Saya tulis surat ini sebab saya nak masuk syurga sama sama dengan awak.Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu mudah leka dan terlupa.Ukhwah fillah




Pesanan Untun Bakal Jenazah

Assalamualaikum.

Sebuah kitab yang tidak terbanding nilainya.Mukjizat teragung sepanjang zaman.Al quran seindah namanya.Namun,malangnya Al quran hanya menjadi perhiasan di rak rakrumah.Mahupun di kedai kedai buku.Dibiarkan berhabuk tidak bersentuh.Dimanakah kesedaran kita,mengapa kita tidak hargai Al quran dengan sebaiknya.

Tidak sedarkah kita semakin lalai dengan dunia.Yang hanya menjanjikan kesenangan dunia.Tidak sedarkah kita Al quran bukannya rekaan Nabi Muhammad.Seperti yang dihebahkan oleh orang kafir laknat.Al quran adalah kalam Allah yang bermukjizat.Wahai sahabat sahabat sekalian,cuba tanya pada diri,adakah amalan kita sudah menjanjikan syurga Allah yang penuh dengan nikmat.

Wahai bakal bakal Jenazah,

Tidak sedarkah kita setiap hari bergelumang dengan kemungkaran.Jadilah hamba Allah yang bertakwa.Yang tidak putus putus meningkatkan keimanan kepadaNya.Yang tidak putus putus beribadah untuk mencari keredhaanNya.Biar di dunia kita di hina.Digelar ketinggalan zaman.Bersikap zuhud tidak mengikut perkembangan.Tidak bersosial mengikut sahabat sahabat melakukan kemaksiatan.
Bersabarlah bagi orang orang yang beriman kepada Allah.Sesungguhnya balasan syurga menanti bagi mereka yang taat kepadaNya.Janji Allah pasti terlaksana.Tidak teringinkah kita tinggal di dalam syurga yang dibawahnya mengalir beberapa jenis sungai.Tidak teringinkah kita makan buah buahan yang berada di syurga.Bentuknya sama semasa kita hidup di dunia tetapi berlainan hakikatnya di syurga.Semakin hari semakin hampir kita dengan kematian.Tatkala ingin bertemu Allah,adakah amalan kita cukup sebagai bekalan.Adakah bekalan selama kita hidup di dunia mampu membahagiakan kehidupan kita di akhirat yang berkekalan.Sama sama kita renungkan,hakikatnya sama sama kita akan kembali ke kampung halaman.Tanya pada diri,bisik pada hati,bersediakah kita.



Thursday 18 October 2012

Saya Pasti Bernikah

Assalamualaikum.


Usai doa sudah dibacakan oleh pak Imam,masih lagi kedengaran suara teresak esak menahan tangisan.Beberapa hadirin masih lagi merah merah di mata.Masing masing menahan sebak yang tak dapat di elak.Semua hadirin datang mengucapkan salam perpisahan.Semua hadirin datang menjenguk tubuh yang sudah kaku sebelum datangnya malam pertama yang mengerikan.


Masing masing datang bersama Al Fatihah yang disedekahkan.Ahli keluarga tidak putus putus menerima email takziah dari teman teman.Cantik molek pakaian putih bersama telekung yang dipakaikan.Benar,pernikahan pasti akan dilalui oleh setiap insan.Malaikat Izrail akan datang menjemput tidak terlalu awal,tidak terlalu lewat seperti yang dijanjikan.


Pernikahan itu tidak pernah mengenal usia seseorang  insan.Memang benar,pernikahan itu sudah tertulis sejak kita di dalam kandungan.Saban hari kita sibuk melakukan kerja seharian.Sehingga kita lalai dalam mengingati kematian.Sebelum pernikahan datang menjemput kita,ayuh perbanyakkan amalan.Bersediakah kita menempuhi alam yang baru tanpa sebarang bekalan.Semoga hidup kita sentiasa di limpahi rahmat Tuhan.
Kullu nafsin zaa iqotul maut.




Pengajaran Bercinta

Assalamualaikum,


Semua insan di dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu.Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa manusia.Perasaan yang kadangkala hadirnya bukan saya duga bukan saya paksa.Memang sudah menjadi fitrah semua manusia termasuklah saya merasai perasaan itu.Cuma mungkin perasaan itu hadirnya berbeza  bagi setiap manusia.Cinta,dalam diam perasaan itu lahir dari hati saya.


Seperti manusia lain,saya juga merasai perasaan itu,Perasaan yang bukan baru berbunga semalam,tetapi sudah tiga tahun berputik dalam hati saya.Saya tertanya tanya salah kah saya mempunyai perasaan sedemikian.Perasaan yang bukan saya rekacipta,perasaan yang bukan saya paksa,perasaan sedikit pun tidak berubah walau hujan turun selebatnya,walau ribut taufan melanda.Dalam saya berenang melalui perasaan itu,saya khuatir.Saya khuatir andai rasa cinta itu melebihi rasa cinta kepadaNya.


Kini mungkin wajahnya samar samar untuk saya ingat kembali.Rindu saya selama ini sudah pun ada hala tuju.Teringat pesan nenek di Mekah,lelaki tak kacak kalau menangis.


Saya sedar saya insan yang rapuh.Kadangkala hati saya tak setia kepadaMu.Iman saya yang masih lagi huru hara.Cukup lah cinta memberi pengajaran kepada saya.Saya pendam perasaan ini dalam dalam.Tiada siapa boleh melihat,tiada siapa boleh merasai.Saya yakin ini diari yang sudah tertulis olehNya buat saya.Moga semua ini pengajaran buat saya.Satu saja pesanan saya,kalau bercinta kene senyum sokmo.



Wednesday 17 October 2012

Mahal Aurat Perempuan

Kereta Ferrari mahal harganya

Macam itu juga aurat wanita

Di bawa kemana badan bernyawa

Ada pemerhati galak matanya

Mencari cari ruang untuk 'meneroka'

Wahai Hawa yang cantik wajahnya

Hati hati dengan nafsu mereka semua

Tolonglah wahai kaum Hawa,tolong jaga

Betapa mahalnya diri anda di seantero dunia




Semahal mahal kereta Ferrari 

Mahal lagi aurat mu ukhti

Persembahkanlah untuk suami mu nanti

Bukan kepada golongan ajnabi

Barulah kau digelar Bidadari

InsyaAllah Bidadari duniawi dan ukhrawi