Friday 19 October 2012

Surat Untuk Awak

Assalamualaikum.

Awak,

Waktu kecil kecil dulu mak ayah kita mesti suruh belajar silat,taekwondo,atau pun lebih mudah seni mempertahankan diri.Bila kita tanya kenapa,mesti mereka jawab nanti kalau ada orang jahat,boleh kalahkan orang jahat.Kita mulalah berangan nak jadi power rangers,powerpuff girl dan sebagainya.Tetapi bila umur kita semakin meningkat,kita rasa macam tak ada faedah belajar seni mempertahankan diri itu.Sebab zaman sekarang semakin canggih.Bila orang jahat angkat M16 barulah kita terkial kial nak buka langkah seribu silat.Pernah tak kita rasa belajar seni mempertahankan diri itu membazirkan duit mak ayah,walhal bila orang jahat angkat M16 kita terus pucat.

Awak,zaman sekarang bukan kehebatan kita dalam silat,taekwondo di pandang.Tetapi kehebatan kita menjaga hubungan dengan Allah,menjaga iman serta nafsu.Itu yang di pandang oleh Allah.Mesti awak tertanya tanya apa kaitan seni mempertahankan diri dengan iman,nafsu dan sebagainya ini.Mesti awak kata orang yang tengah tulis surat ini senget benget kan.Zaman sekarang ini kalau kita sendiri tak kuat,senang sangat kita nak terjebak dengan benda jahat.kalau hubungan kita dengan Allah dan Rasul kuat,insyaAllah yang lain pasti akan jadi kuat.Tengok hubungan sahabat sahabat Rasulullah dengan Allah.Mereka sangat menjaga hubungan dengan penciptanya serta kekasihNya.Sebab itu iman mereka tidak pernah pudar walaupun sehingga Rasulullah wafat.

Tapi zaman sekarang seakan dah berubah,berubah ke arah jahilliyah.Kalau ada orang yang baik mesti akan dipandang pelik.Jika ada yang pakai kopiah di anggap jumud dan tidak maju.Jika ada yang bertudung labuh serta berjubah,di anggap ketinggalan zaman pada fesyen pakaian.Sehinggakan yang 'baik' itu tampak jadi asing,yang dedah aurat,minum arak,berzina di anggap perkara biasa.Jadi apa yang boleh bantu kita nak counter maksiat ini.Tak lain tak bukan hubungan kita dengan Tuhan.Saya tahu mesti awak cakap sukar nak menjaga iman.Iman ini kan senipis kulit bawang.Tidak mengapa kita semua tidak sempurna,kita semua memang tidak boleh jadi sempurna,tetapi kita boleh berusaha menjadi sempurna.

Saya bukan baik sangat.kadang kadang pun terlalai dengan maksiat.Tapi jika kita sedar dah buat maksiat,teruslah cepat cepat bertaubat.Banyak berdoa kepada Allah agar hati hati kita sentiasa dipenuhi berkat,selamat dunia akhirat.So,let's be a better person together.Sekarang bukan zaman bersilat,tetapi zaman mengukuh iman kita supaya tidak terjerumus ke dalam lembah maksiat.Saya rasa setakat ini suarat saya untuk awak.Saya tulis surat ini sebab saya nak masuk syurga sama sama dengan awak.Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu mudah leka dan terlupa.Ukhwah fillah




No comments:

Post a Comment