Friday 19 October 2012

Pesanan Untun Bakal Jenazah

Assalamualaikum.

Sebuah kitab yang tidak terbanding nilainya.Mukjizat teragung sepanjang zaman.Al quran seindah namanya.Namun,malangnya Al quran hanya menjadi perhiasan di rak rakrumah.Mahupun di kedai kedai buku.Dibiarkan berhabuk tidak bersentuh.Dimanakah kesedaran kita,mengapa kita tidak hargai Al quran dengan sebaiknya.

Tidak sedarkah kita semakin lalai dengan dunia.Yang hanya menjanjikan kesenangan dunia.Tidak sedarkah kita Al quran bukannya rekaan Nabi Muhammad.Seperti yang dihebahkan oleh orang kafir laknat.Al quran adalah kalam Allah yang bermukjizat.Wahai sahabat sahabat sekalian,cuba tanya pada diri,adakah amalan kita sudah menjanjikan syurga Allah yang penuh dengan nikmat.

Wahai bakal bakal Jenazah,

Tidak sedarkah kita setiap hari bergelumang dengan kemungkaran.Jadilah hamba Allah yang bertakwa.Yang tidak putus putus meningkatkan keimanan kepadaNya.Yang tidak putus putus beribadah untuk mencari keredhaanNya.Biar di dunia kita di hina.Digelar ketinggalan zaman.Bersikap zuhud tidak mengikut perkembangan.Tidak bersosial mengikut sahabat sahabat melakukan kemaksiatan.
Bersabarlah bagi orang orang yang beriman kepada Allah.Sesungguhnya balasan syurga menanti bagi mereka yang taat kepadaNya.Janji Allah pasti terlaksana.Tidak teringinkah kita tinggal di dalam syurga yang dibawahnya mengalir beberapa jenis sungai.Tidak teringinkah kita makan buah buahan yang berada di syurga.Bentuknya sama semasa kita hidup di dunia tetapi berlainan hakikatnya di syurga.Semakin hari semakin hampir kita dengan kematian.Tatkala ingin bertemu Allah,adakah amalan kita cukup sebagai bekalan.Adakah bekalan selama kita hidup di dunia mampu membahagiakan kehidupan kita di akhirat yang berkekalan.Sama sama kita renungkan,hakikatnya sama sama kita akan kembali ke kampung halaman.Tanya pada diri,bisik pada hati,bersediakah kita.



No comments:

Post a Comment