Wednesday, 21 May 2014

Malu untuk berubah

Assalamualaikum,

"Kau pernah suka seseoarang tak?Pernah putus cinta tak?"

"Ada juga,tapi dah lama.Dah hilang dah perasaan itu.Kadang kadang memang ada terasa dalam hati,terasa sesuatu."

"Habis kau hilangkan macam mana?"

"Aku doa"

"Kau doa macam mana?"

"Ya Allah jika sudah tertakdir jodohku dengannya,Kau peliharalah rasa suka ku.Kau jagalah iman ku.Jika aku tidak tertulis untuknya,Kau hilangkanlah perasaan ini."

"Aku dah tak suci lagi.Terlanjur dengan beberapa orang.Keluar dengan beberapa orang yang aku sayang.Aku couple.Aku jalan sana sini dengan mereka.Tapi sekarang aku dah berubah.Aku rasa teruk sangat aku.Aku nak jadi baik tapi aku malu.Aku rasa diri aku jijik dan teramat kotor.Aku nak kata nakal tak lah nakal sangat.Nak kata degil tak lah degil sangat.Ada sekali aku ajak kawan kawan solat berjemaah tapi diaorang gelak kan aku.Diaorang pandang pelik.Aku terhimpit.Aku solat cukup lima waktu.Puasa pun alhamdulillah.Bab aurat,kadang kadang ok kadang kadang aku pandang remeh temeh,kadang kadang aku tak ambil berat langsung.Mana taknya,family aku jauh,aku dah besar,aku boleh buat apa saja,asalkan mereka tak nampak perangai sebenar aku.Kadang kadang bila aku tengok kawan kawan pakai tudung labuh,pakai baju kurung,aku rasa diri aku tak baik.kenapa?Aku nak berubah tapi aku malu.Aku rasa susah.Aku rasa aku tak sanggup nak tinggalkan cardigan,jeans,shawl dan pashmina aku."


Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan,itu bukti tandanya iman masih ada.Penyesalan itu salah satu level daripada level taubat.Fitrah manusia suka akan kebaikan.Sebenarnya melakukan kebaikan lebih senang daripada melakukan maksiat.Mana lagi senang pergi tengok wayang atau pergi masjid?Kalau pergi tengok wayang,perlu keluarkan duit beli tiket,bersesak sesak beratur.Faedah?Belum tentu.Kalau pergi masjid,langkahan kaki pun sudah dikira,tak perlu keluar modal,malahan makin dicintai allah asal niat betul.


Ya,putus cinta sangat perit dan sakit.Saya sendiri merasakan semua itu.Apabila terbangun dari tidur,tidak lain tidak bukan hanya satu impian saya,menjadikan semua kesakitan itu hanyalah mimpi.Kadang kadang rasa macam "mayat hidup".Menunggu nunggu bilakah kesedihan ini akan berakhir.Putus cinta?Ini bukan pengakhiran hidup kita.Ini lah yang allah hadiahkan untuk kita,iaitu ujian.Sebab apa tak kekal lama?Memang tak kekal lama lah.Mana ada hubungan yang haram kekal lama.Tapi,kenapa Dia beri ujian ini dekat saya seorang?Ya,Dia beri ujian sebab Dia sayang.Dia nak kita kembali padaNya.Mengadu padaNya.bukan pada hambaNya.Suka pada seseorang itu fitrah.Kerana itulah berada di alam remaja ini merupakan alam yang paling mencabar sebab macam macam allah uji.Kesian jodoh kalian jika dapat cinta "secondhand".


Muhasabah diri.Suka kan seseoarang,pendamkan saja.Andainya kita risau orang yang kita suka bakal jatuh pada orang lain,ingt semula kita ini siapa.Siapa kita nak merisaukannya.Jodoh itu ketentuan allah.Jadi tak payah susah susah fikir benda yang tek perlu di fikir.Biar Dia buat kerja Dia,kita buat kerja kita sebagai hambaNya.Sekarang,simpan diri,jaga diri untuk yang halal,yang mana semakin jauh itu,kembali semula ke pangkal jalan.Masih tak terlewat lagi,masih ada masa untuk berubah.Mungkin ini ujian untuk diri kita.Tabahkan hati,cekal kan jiwa,mungkin ada rahsia disebalik rahsia yang kita tak ketahui.Berdoalah dan bergantung haraplah kepada allah kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..Alaaa,cinta selepas kahwin lahhh.Baru best,indah dan romantik.Romantik itu kan sunnah nabi.. :)