Friday 25 July 2014

mak

semua asyik bertanya
kau pastikah?
betul betul pastikah?

aku naik menyampah.memang aku tak pasti apa yang tuhan hidang untuk aku esok.dan aku tak pasti kehidupan itu bagaimana sebenar benarnya.
tapi,dalam tiap senyum
tiap gelak
tiap tangis
tiap marah
tiap sakit
tiap susah
aku mahu dengan dia.
kalau hidup ini sial,biar aku lapah sial itu dengan dia.kalau hidup ini ada cacat buruk,biar aku hadap cacat buruk itu dengan dia.aku tak pasti tinggi bahagia takat mana tapi dalam tiap tiap tapak kaki aku,aku mahu dia ada.

mak pesan,
laut ini luas.jauh lagi yang perlu kau renang.badai itu sentiasa ada,ombak itu sentiasa memukul.jika kau dipukul ombak,maka kau perlu redha.redha bukan bererti kau merelakan diri dihanyut.kalau kau gagal dan ia menolak ke belakang,kau renang semula ke depan.
ombak datang,kau kena tentang
ombak datang,kau harus tentang
tidak kira berapa kali ia menolak,yang penting kau tentang.
jangan lemas dan karam.jangan ditelan air masin hingga kembung perut lalu tenggelam.
pelampung ada di kiri kanan jika kau cari.
tuhan ada disekeliling jika kau cari
air masin ada merata walau tidak kau cari
cukuplah menelan air masin,nadzrul

mak pesan
kalau dah bertemu tuhan
bolehlah kau berpandangan jauh
selagi belum bertemu tuhan
kau patut berpandangan dekat
tuhan ada disini
mari sini
duduk atas tikar sejadah ini
lihat dengan hati
ikhlas kan diri
pasti kau jumpa Dia,ilahi


mak pesan,
boleh kau nak terbang
tapi tiap tiap terbang kau mesti pulang
sederhana dalam semua hal
sebab dalam dunia ini tak ada apa yang kekal

mak pesan,
ramai manusia berebut mahu jadi cantik
tak ramai yang berebut mahu jadi cerdik
hasilnya
terwujudlah manusia otak sifar bersepah sepah seperti botol kosong dipasar

aku rasa aku dah tersasar jauh.sekali lagi aku perlu berlajar bersyukur.
dan  sekali lagi aku perlu belajar tentang tuhan.

terima kasih mak.
terima kasih untuk segala kasih
terima kasih untuk segala perit pedih
terima kasih untuk layanan tak memilih
terima kasih mak
kerana dalam mata mu aku terimbas tuhan

dibalik mekarnya senyumanmu tanpa dibaja gincu
dibalik rendahnya penampilan mu dan tinggi nya penyerahan mu,aku jadi kagum
kagum dengan jiwa dan semangat mu
semoga syurga buat mu,mak,ummi,ibu

terima untuk perempuan yang banyak mengajar aku tentang cinta dan tuhan ~ mak




Thursday 24 July 2014

hati manusia

hati manusia itu sesuatu yang rumit,sulit.sepuluh orang boleh melalui peristiwa yang sama,tapi belum tentu merasa perkara yang sama.sebab itu saya kurang berani membalas  aku faham perasaan kau bila mendengar luahan orang lain.
yang saya faham mungkin pengalamannya,bukan perasaannya.kalaupun orang lain dalam kasut kita,belum tentu dia rasa lecet jari yang sama.mungkin tumitnya yang lenguh.mungkin bukan jarinya yang lecet.tapi itu mungkin.
kasut yang sama,kaki yang berbeza.pengalaman yang sama,penerimaan yang berbeza.

saya percaya kita semua,dalam diam sebenarnya seorang pemuja rahsia.boleh jadi secret admirer.
awak suka gadis kaunter pertanyaan dalam diam.
awak suka lelaki yang saban hari di stesen LRT dalam diam.
awak suka jiran selang sebuah rumah dalam diam.
awak suka lecturer cantik dalam diam.
awak suka kakak yang berniaga di kafe dalam diam.
awak suka lelaki main futsal dalam diam.
awak suka rakan satu kuliah dalam diam.
awak suka kenalan di facebook dalam diam.
boleh jadi
awak yang tengah membaca blog saya ini pun suka dalam diam.
boleh jadi,sebab yang mengawal hati itu Dia,ilahi
dan ia tak berakhir di situ.

bagi saya,sepasang manusia berkasih,bertunang,atau berkahwin,juga sebenarnya pemuja rahsia.
awak fikir awak sudah ada dia,jadi awak pasti kalian berdua rasa perkara yang sama?
awak mungkin silap.
secara zahir,memang kalian sedia maklum bahawa kalian kasih antara satu sama lain.
tapi tingkatnya,
bagaimana?
kesanggupannya?
ketakutannya?
harapannya?
niatnya?
mana kalian tahu?
tak semuanya kita kongsi.kalaupun kita kongsi,tak semua yang diucap itu sama ukur dengan semua yang dihati.

si isteri lihat si suami tidur,senyap senyap dia bisik dalam hati,saya harap umur awak lebih panjang dari saya.
si tunang lihat pasangannya gilakan novel,senyap senyap dia langgankan setiap siri.
si adam lihat si hawa cukup segala sifat,senyap senyap dia rasa kerdil,separuh nyawanya mengejar kesempurnaan si hawa,sedangkan pada mata si hawa,mereka berdua adalah makhluk yang sama asalnya satu,air mani.

begitulah.selagi kita manusia dengan lain lain jiwa,selagi itu kita seorang pemuja rahsia.

hati manusia,seperti saya kata tadi,sesuatu yang rumit,sulit.
saya juga :)

Wednesday 23 July 2014

tuhan atau aku

Maaf

Aku banyak hutang budi sama manusia.banyak hutang perasaan sama manusia.tapi kalaupun aku bayar.aku tahu tak akan cukup.

Aku tak ada kuasa menutup minda dan mulut

Aku tak kisah diorangasingkan manusia.diorangjahatkan manusia.tapi aku tak nak diorangasingkan tuhan,diorangjahatkan tuhan.

Aku tak minta ruang untuk bernafas sebab nafas itu tuhan yang beri.aku minta dibiar untuk terus picit butang play dan forward,bukan stop dan rewind,stop dan rewind.Kepala sakit,badan sakit.ada satu macam perasaan yang menghimpit.aku benci memori.aku benci bagaimana ia menghasil kenangan.

Nadzrulhadi,apa lagi yang kau mahu?

Kau ada tuhan,keluarga,rakan rakan,agama,pengajian,apa lagi yang kau mahu?kau ada tempat untuk menconteng perasaan,apa lagi yang kau mahu?
Nadzrulhadi,apa lagi yang kau mahu?


Aku mahu hiris satu sentimeter otak aku yang berisi seribu memori hempedu.soalnya sekarang,pisau itu ada pada siapa?
Ada pada tuhan atau ada pada aku?

Tinggalkan pisau,pergi cari tuhan.fi hifzillah




Monday 21 July 2014

jodoh ii

kau memang lucu

kau pasti-manusia yang bertahun tahun kau kasih ini akan jadi milik kau?

kau pasti-manusia yang berbulan bulan kau tunang ini akan jadi milik kau?

kau pasti-manusia yang berminggu minggu kau nikahi ini sudah jadi milik kau?

jangan buat lawak hambar

kau ikat dia-kau fikir dia apa?
layang layang?
objek?

kau ikat dia-kau ingat kau siapa?
ibu bapa?
tuhan?

kau ikat dia-kau sedar kau dan dia siapa?
dua dua asalnya satu; tanah

entah entah itu-manusia yang kau benci sebab kau tinggalkan dia itu
yang akan kau kasih

entah entah itu-kawan karib satu kuliah kau itu
yang akan kau tunang

entah entah itu-manusia yang sudah bercerai berai itu
yang akan kau nikah

ini jodoh
bukan alat kawalan jauh

kau boleh mengusul sejuta rancangan
senaraikannya berjela jela hingga jadi tebal,sebal dan bebal
tapi yang meluluskan struktur plan,totalnya Dia yang satu

kau boleh cemburu memcadburry buta
dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
tapi kemudian aku tanya
kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?

belum terlewat lagi untuk kau jadi
tukang redha
tukang sujud
tukang tadah
tukang minta apa yang kau perlu

benda yang kau tak minta pun Dia bagi satu persatu
ini pula benda yang kau minta hari hari dalam tadahan tangan busukmu
asalkan kau ikhlas serta amal kau berterusan mengadap tuhan

yang digarikan itu tangan
yang dicincinkan itu jari
bukan nyawa
bukan hati
tapi jodoh
jodoh
ya,jodoh !

tokki

sudikah pinjamkan runcing runcing jari itu untuk kau kesatkan juntai sisa di bibir aku?
sudikah kau kemaskan rambut di ubunku bila kau lihat mata ini mula kelabu?
sudikah berikan bahumu memancang dahiku untuk aku sandarkan memori lalu?
sudikah kau temankan aku disetiap malamku,bila aku bisikkan betapa aku rindu?

sudilah
ke sinilah
bibirku masih comot menunggu jarimu
rambutku masih kusut menunggu belai kasihmu
ketawaku masih rindu menunggu jenakamu

setiap perca kenangan aku
yang ditenyeh gelak
dikunyah senak
disemat rindu

minta abadikan

setiap titis airmataku
yang dihirup aman
direnjis bazir
dimuntah hanyir

minta abadikan

setiap degup jantung aku
yang dibelai baik
digilis pahit
dibiar sadis

minta abadikan

takkan ada yang mampu mengutip seperti kau kutip
setiap perca hati aku
setiap titis airmataku
setiap degup jantung aku

minta abadikan
ya,aku rindu
aku kirim doa,aku bekalkan fatihah untukmu
moga kau tenang di alam baru

kau pergi mengadap ilahi
15 Ogos 2009
dalam hati
dalam diari
dalam ingat cucu kesayanganmu nadzrul hadi
tokki ~



Sunday 20 July 2014

cahaya bintang

aku rasa
i love you bermaksud :

jangan pergi.
jangan tinggalkan aku disini.
lakukan apa saja untuk aku.
tolong terima aku seadanya.
tolong faham aku sentiasa.
tolong reply text aku.
tolong angkat panggilan aku.
tolong jangan suka orang lain.
tolong jangan puji orang lain selain aku.
pandanglah aku,senyumlah pada aku.
aku rindu setiap hari.
duduk sini,jangan lari.
jangan pergi.

bila putus cinta,tak jadi kahwin,tak jadi bertunang,putus cinta di tengah jalan,kita biasa dengar ungkapan ini.
"dah tak ada jodoh"
tapi saya nampak ada banyak punca antaranya ia adalah pengajaran dari tuhan.orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyanyangi,timbul sampai ke satu tahap,mereka akan rasa,atau salah seorang dari meraka rasa ;
dia segala gala bagi aku
cinta aku hanya untuk dia
dialah satu,tiada dua
lima yang datang tak sama macam dia yang dulu
kalau ada kambing seekor akan aku hadiahkan buat dia

dan bermacam lagilah.bila sampai ke tahap ini mereka yang terlibat sebenarnya telah buat satu kesilapan iaitu melebihkan seseorang yang lebih patut dilebihkan.dengan kata lain,melebihkan cinta seseorang melebihi cinta tuhan.
pada tuhan tak pernah pernah diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat.tapi pada manusia yang tak memberi manfaat apa apa dia beri segalanya.beri hatinya.jiwanya.badannya.
lalu allah STOP kan hubungan itu.maka terputuslah di tengah jalan.tak kira lah putus sebab apa pun.sebab orang ketiga.sebab salah faham.sebab bergaduh.sebab tak sama negeri.sebab tak pandai menyanyi.sebab ayah tak berkenan.sebab harta.sebab sikap.sebab nafsu tak dapat kontrol.sebab cempedak jadi nangka.sebab berebut murtabak dan macam macam lagi.
itu cumalah asbab.
sedang yang mengawal hati,menentukan jodoh,menjadikan hubungan itu smooth atau celaru total semua di tangan allah.after hubungan tak kesampaian sekarang siapa kau tuju?
allah jua jadi tempat tuju
allah jua jadi tempat mengadu
lalu terpacul dari bibirmu,tertaip pada statusmu,blogmu,nukilanmu,
"cukuplah allah bagiku"
"kun fa yakun"
putuslah.
berakhirlah.
sekarang setelah tiada jodoh siapa yang lebih kau perlukan?
aku perlukan allah
aku sayang allah

doktor mesin katang cakap
hati itu fragile.mudah pecah
so jangan beri hati itu mudah mudah
takut beri pada orang yang salah
nanti kecewa padan muka kena baling dengan memori dalam tong sampah

mak cakap
mana ada hubungan haram kekal lama
paling lama itu pun sebab alllah nak uji dia

aku suka tengok manusia
tapi aku sedih manusia semakin murah
yang cantik mendapat lesen untuk bercakap apa saja
yang hensem mendapat lampu hijau untuk buat apa saja
semua orang angguk tunduk
sebab apa?
sebab kau cantik
sebab kau hensem
zaman sekarang,manusia yang punya akal dan hati boleh kira pakai jari.
kasihan manusia.pandai bikin cinta dan perasaan tapi belum mampu beza kaca dengan intan

nafsu bercinta bukan main tinggi,tapi akal fikiran paras buku lali !

tapi itu yang aku rasa.mungkin lain orang,lain citarasa.mungkinlah.


Thursday 17 July 2014

jodoh

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?
Saya pernah.Lebih sekali.Saya percaya ramai diluar sana pun pernah.Normal bagi mereka yang tidak pernah,atau menganggap golongan yang pernah ini seperti gatal,atau sengaja atau mencari pasal.

Gatal,sengaja atau mencari pasal - saya tidak akan mengangguk atau menidakkan mana mana.Boleh jadi tiga tiga.Boleh jadi salah satu.Boleh jadi bukan langsuung.Jangan yakin bermonolog dalam hati "kejinya,aku takkan buat begitu." Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Kalau jatuh cinta dengan orang hatinya sudah berpunya itu dosa,kenapa Allah halalkan poligami?Fikir.Yang buat dosa perbuatan,bukan perasaan.Saya berani cakap begini sebab saya banyak dosa.Tapi itu cerita dulu.Ini cerita kita kita.Selama 21 tahun saya bernafas,mengutip pengalaman dari hidup sendiri,mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling,saya semakin sedar bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.Jatuh cinta,berpisah,dia mula hidup baru dengan teman baru,namun kita masih terus menerus mencinta.Jatuh cinta adalah jatuh cinta.Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain adalah sakit yang luar biasa.Kita serta merta mengarahkan hati kita supaya berhenti,jangan sayang lagi.
Tak boleh !
Hati tanya kenapa ?
Kita jawab tak boleh !
Hati tanya kenapa ?
Kita jawab tak boleh !

Setakat "tak boleh" kuat sangat ke?
Orang gila mana yang tak mahu mencinta dan dicintai?Hati dengan otak,manalah duduk sebelah menyebelah.Apa yang saya buat untuk lari dari perasaan ini ialah,saya berserah.Bukan berserah sekadar di mulut,tapi betul betul berserah.Tahun demi tahun ,saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia.Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain.

Orang yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit,yang boleh saya curi curi ambil dari troli orang lain.Kalau pun dia dengan saya.suatu hari dia boleh pergi ke orang lain.Kalau pun dia dengan kekasihnya,suatu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain.Dia ada otak,ada hati,ada kaki.Dia boleh ke mana mana sesuka hati.

Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih.Jadi apa makna "pemilikan" apa maksud "kepunyaan" ? Wujud kah "pemilikan" dan "kepunyaan" sesama manusia?Siapa yang benar benar memegang otak,hati,kaki seluruh anggota manusia  itu tadi?Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya aiman azri cakap,"tempat asal cinta ada satu je."
Saya percaya,kita jumpa jodoh kita bila kita mula mencinta dengan mencintai Allah.Saya pun bukan orang yang paling baik.Saya cuma tukang redha,tukang redah,tukang berserah,tukang sujud,dan tukang tadah.

Cuma dalam situasi sebegini,saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir,"aku nak dia,aku nak dia,aku dia punya,aku dia punya."Sebaliknya saya mula fikir,"terpulanglah Allah.Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku,aku redha dan aku percaya,Kau sudah susun cantik cantik jalan cerita aku."
Redha dan berserah pada mulut adalah sangat sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati.Hanya bila ia terjadi pada hati,akan awak tahu bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri.Letaknya di tangan Allah,bukan manusia.Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita.Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan lelaki bujang atau perempuan berjubah atau lelaki berkopiah atau wanita yang tak pernah buat salah.Menjadi isteri kedua adalah jodoh.Menjadi suami kepada cikgu awak pun adalah jodoh.Berkahwin dengan kerani tukang fotostat dekat kerja awak pun adalah jodoh.Berkahwin dengan musuh awak zaman kuliah dulu pun adalah jodoh.Berkahwin dengan lelaki yang muda pun adalah jodoh.Berkahwin dengan perempuan yang sebaya pun adalah jodoh.Berkahwin dengan duda anak tiga pun adalah jodoh.Berkahwin dengan orang yang asalnya bukan Islam pun adalah jodoh hatta berkahwin dengan doktor mesin katang sekalipun tetap adalah jodoh.Sebab jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta,jadi ia boleh datang dalam macam macam rupa.

Jangan menyesal yang lalu,jangan menyumpah yang sudah.Memang dalam hidup kau,kau akan jumpa si hantu 1,si celaka 2,si jahat 3,si kaki kikis 4,si mulut longkang 5,si jahanam 6,boleh jadi sampai si bangsat 10,sebelum kau berjumpa dengan jodoh,
lepas itu tak ada nombor dah.

Kalau kita betul betul nak tahu apa akhir cerita cinta kita,kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.Dan seperti kawan saya cakap tadi,tempatnya cuma ada satu.

Dekat mana tempatnya ?

DIA yang satu ~