Thursday 24 July 2014

hati manusia

hati manusia itu sesuatu yang rumit,sulit.sepuluh orang boleh melalui peristiwa yang sama,tapi belum tentu merasa perkara yang sama.sebab itu saya kurang berani membalas  aku faham perasaan kau bila mendengar luahan orang lain.
yang saya faham mungkin pengalamannya,bukan perasaannya.kalaupun orang lain dalam kasut kita,belum tentu dia rasa lecet jari yang sama.mungkin tumitnya yang lenguh.mungkin bukan jarinya yang lecet.tapi itu mungkin.
kasut yang sama,kaki yang berbeza.pengalaman yang sama,penerimaan yang berbeza.

saya percaya kita semua,dalam diam sebenarnya seorang pemuja rahsia.boleh jadi secret admirer.
awak suka gadis kaunter pertanyaan dalam diam.
awak suka lelaki yang saban hari di stesen LRT dalam diam.
awak suka jiran selang sebuah rumah dalam diam.
awak suka lecturer cantik dalam diam.
awak suka kakak yang berniaga di kafe dalam diam.
awak suka lelaki main futsal dalam diam.
awak suka rakan satu kuliah dalam diam.
awak suka kenalan di facebook dalam diam.
boleh jadi
awak yang tengah membaca blog saya ini pun suka dalam diam.
boleh jadi,sebab yang mengawal hati itu Dia,ilahi
dan ia tak berakhir di situ.

bagi saya,sepasang manusia berkasih,bertunang,atau berkahwin,juga sebenarnya pemuja rahsia.
awak fikir awak sudah ada dia,jadi awak pasti kalian berdua rasa perkara yang sama?
awak mungkin silap.
secara zahir,memang kalian sedia maklum bahawa kalian kasih antara satu sama lain.
tapi tingkatnya,
bagaimana?
kesanggupannya?
ketakutannya?
harapannya?
niatnya?
mana kalian tahu?
tak semuanya kita kongsi.kalaupun kita kongsi,tak semua yang diucap itu sama ukur dengan semua yang dihati.

si isteri lihat si suami tidur,senyap senyap dia bisik dalam hati,saya harap umur awak lebih panjang dari saya.
si tunang lihat pasangannya gilakan novel,senyap senyap dia langgankan setiap siri.
si adam lihat si hawa cukup segala sifat,senyap senyap dia rasa kerdil,separuh nyawanya mengejar kesempurnaan si hawa,sedangkan pada mata si hawa,mereka berdua adalah makhluk yang sama asalnya satu,air mani.

begitulah.selagi kita manusia dengan lain lain jiwa,selagi itu kita seorang pemuja rahsia.

hati manusia,seperti saya kata tadi,sesuatu yang rumit,sulit.
saya juga :)

No comments:

Post a Comment