Friday 25 July 2014

mak

semua asyik bertanya
kau pastikah?
betul betul pastikah?

aku naik menyampah.memang aku tak pasti apa yang tuhan hidang untuk aku esok.dan aku tak pasti kehidupan itu bagaimana sebenar benarnya.
tapi,dalam tiap senyum
tiap gelak
tiap tangis
tiap marah
tiap sakit
tiap susah
aku mahu dengan dia.
kalau hidup ini sial,biar aku lapah sial itu dengan dia.kalau hidup ini ada cacat buruk,biar aku hadap cacat buruk itu dengan dia.aku tak pasti tinggi bahagia takat mana tapi dalam tiap tiap tapak kaki aku,aku mahu dia ada.

mak pesan,
laut ini luas.jauh lagi yang perlu kau renang.badai itu sentiasa ada,ombak itu sentiasa memukul.jika kau dipukul ombak,maka kau perlu redha.redha bukan bererti kau merelakan diri dihanyut.kalau kau gagal dan ia menolak ke belakang,kau renang semula ke depan.
ombak datang,kau kena tentang
ombak datang,kau harus tentang
tidak kira berapa kali ia menolak,yang penting kau tentang.
jangan lemas dan karam.jangan ditelan air masin hingga kembung perut lalu tenggelam.
pelampung ada di kiri kanan jika kau cari.
tuhan ada disekeliling jika kau cari
air masin ada merata walau tidak kau cari
cukuplah menelan air masin,nadzrul

mak pesan
kalau dah bertemu tuhan
bolehlah kau berpandangan jauh
selagi belum bertemu tuhan
kau patut berpandangan dekat
tuhan ada disini
mari sini
duduk atas tikar sejadah ini
lihat dengan hati
ikhlas kan diri
pasti kau jumpa Dia,ilahi


mak pesan,
boleh kau nak terbang
tapi tiap tiap terbang kau mesti pulang
sederhana dalam semua hal
sebab dalam dunia ini tak ada apa yang kekal

mak pesan,
ramai manusia berebut mahu jadi cantik
tak ramai yang berebut mahu jadi cerdik
hasilnya
terwujudlah manusia otak sifar bersepah sepah seperti botol kosong dipasar

aku rasa aku dah tersasar jauh.sekali lagi aku perlu berlajar bersyukur.
dan  sekali lagi aku perlu belajar tentang tuhan.

terima kasih mak.
terima kasih untuk segala kasih
terima kasih untuk segala perit pedih
terima kasih untuk layanan tak memilih
terima kasih mak
kerana dalam mata mu aku terimbas tuhan

dibalik mekarnya senyumanmu tanpa dibaja gincu
dibalik rendahnya penampilan mu dan tinggi nya penyerahan mu,aku jadi kagum
kagum dengan jiwa dan semangat mu
semoga syurga buat mu,mak,ummi,ibu

terima untuk perempuan yang banyak mengajar aku tentang cinta dan tuhan ~ mak




No comments:

Post a Comment