Monday, 21 July 2014

jodoh ii

kau memang lucu

kau pasti-manusia yang bertahun tahun kau kasih ini akan jadi milik kau?

kau pasti-manusia yang berbulan bulan kau tunang ini akan jadi milik kau?

kau pasti-manusia yang berminggu minggu kau nikahi ini sudah jadi milik kau?

jangan buat lawak hambar

kau ikat dia-kau fikir dia apa?
layang layang?
objek?

kau ikat dia-kau ingat kau siapa?
ibu bapa?
tuhan?

kau ikat dia-kau sedar kau dan dia siapa?
dua dua asalnya satu; tanah

entah entah itu-manusia yang kau benci sebab kau tinggalkan dia itu
yang akan kau kasih

entah entah itu-kawan karib satu kuliah kau itu
yang akan kau tunang

entah entah itu-manusia yang sudah bercerai berai itu
yang akan kau nikah

ini jodoh
bukan alat kawalan jauh

kau boleh mengusul sejuta rancangan
senaraikannya berjela jela hingga jadi tebal,sebal dan bebal
tapi yang meluluskan struktur plan,totalnya Dia yang satu

kau boleh cemburu memcadburry buta
dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
tapi kemudian aku tanya
kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?

belum terlewat lagi untuk kau jadi
tukang redha
tukang sujud
tukang tadah
tukang minta apa yang kau perlu

benda yang kau tak minta pun Dia bagi satu persatu
ini pula benda yang kau minta hari hari dalam tadahan tangan busukmu
asalkan kau ikhlas serta amal kau berterusan mengadap tuhan

yang digarikan itu tangan
yang dicincinkan itu jari
bukan nyawa
bukan hati
tapi jodoh
jodoh
ya,jodoh !

3 comments:

  1. Allah Maha Merancang.. segala apa yang berlaku itu ada hikmahnya.. Allah tidak menguji seseorang hamba itu di luar kemampuannya.. :)

    ReplyDelete
  2. cantik lagi ayat ayat tuhan :)

    ReplyDelete