Thursday, 17 July 2014

jodoh

Pernah jatuh cinta dengan orang yang hatinya sudah berpunya?
Saya pernah.Lebih sekali.Saya percaya ramai diluar sana pun pernah.Normal bagi mereka yang tidak pernah,atau menganggap golongan yang pernah ini seperti gatal,atau sengaja atau mencari pasal.

Gatal,sengaja atau mencari pasal - saya tidak akan mengangguk atau menidakkan mana mana.Boleh jadi tiga tiga.Boleh jadi salah satu.Boleh jadi bukan langsuung.Jangan yakin bermonolog dalam hati "kejinya,aku takkan buat begitu." Perjalanan hidup bukan semuanya dalam tangan kita untuk menentu.

Kalau jatuh cinta dengan orang hatinya sudah berpunya itu dosa,kenapa Allah halalkan poligami?Fikir.Yang buat dosa perbuatan,bukan perasaan.Saya berani cakap begini sebab saya banyak dosa.Tapi itu cerita dulu.Ini cerita kita kita.Selama 21 tahun saya bernafas,mengutip pengalaman dari hidup sendiri,mengutip cerita dari hidup ratusan orang di sekeliling,saya semakin sedar bahawa jatuh cinta adalah jatuh cinta.

Jatuh cinta setelah tahu dia sudah berpunya.Jatuh cinta sebelum tahu dia sudah berpunya.Jatuh cinta,berpisah,dia mula hidup baru dengan teman baru,namun kita masih terus menerus mencinta.Jatuh cinta adalah jatuh cinta.Titik.

Sakitnya mengetahui bahawa orang yang kita kasih itu mengasihi orang lain adalah sakit yang luar biasa.Kita serta merta mengarahkan hati kita supaya berhenti,jangan sayang lagi.
Tak boleh !
Hati tanya kenapa ?
Kita jawab tak boleh !
Hati tanya kenapa ?
Kita jawab tak boleh !

Setakat "tak boleh" kuat sangat ke?
Orang gila mana yang tak mahu mencinta dan dicintai?Hati dengan otak,manalah duduk sebelah menyebelah.Apa yang saya buat untuk lari dari perasaan ini ialah,saya berserah.Bukan berserah sekadar di mulut,tapi betul betul berserah.Tahun demi tahun ,saya semakin sedar bahawa manusia bukan kepunyaan manusia.Pasangan kekasih bukan dimiliki satu sama lain.

Orang yang saya jatuh cinta itu bukan barang runcit,yang boleh saya curi curi ambil dari troli orang lain.Kalau pun dia dengan saya.suatu hari dia boleh pergi ke orang lain.Kalau pun dia dengan kekasihnya,suatu hari dia tetap boleh pergi ke orang lain.Dia ada otak,ada hati,ada kaki.Dia boleh ke mana mana sesuka hati.

Setiap manusia ada hak dan daya untuk memilih.Jadi apa makna "pemilikan" apa maksud "kepunyaan" ? Wujud kah "pemilikan" dan "kepunyaan" sesama manusia?Siapa yang benar benar memegang otak,hati,kaki seluruh anggota manusia  itu tadi?Siapa yang ada kuasa total untuk mengawal semua ini?

Kawan saya aiman azri cakap,"tempat asal cinta ada satu je."
Saya percaya,kita jumpa jodoh kita bila kita mula mencinta dengan mencintai Allah.Saya pun bukan orang yang paling baik.Saya cuma tukang redha,tukang redah,tukang berserah,tukang sujud,dan tukang tadah.

Cuma dalam situasi sebegini,saya ambil langkah pertama dengan berhenti berfikir,"aku nak dia,aku nak dia,aku dia punya,aku dia punya."Sebaliknya saya mula fikir,"terpulanglah Allah.Apa saja yang Kau rasa baik untuk aku,aku redha dan aku percaya,Kau sudah susun cantik cantik jalan cerita aku."
Redha dan berserah pada mulut adalah sangat sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati.Hanya bila ia terjadi pada hati,akan awak tahu bezanya.

Saya percaya jodoh itu misteri.Letaknya di tangan Allah,bukan manusia.Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita.Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan lelaki bujang atau perempuan berjubah atau lelaki berkopiah atau wanita yang tak pernah buat salah.Menjadi isteri kedua adalah jodoh.Menjadi suami kepada cikgu awak pun adalah jodoh.Berkahwin dengan kerani tukang fotostat dekat kerja awak pun adalah jodoh.Berkahwin dengan musuh awak zaman kuliah dulu pun adalah jodoh.Berkahwin dengan lelaki yang muda pun adalah jodoh.Berkahwin dengan perempuan yang sebaya pun adalah jodoh.Berkahwin dengan duda anak tiga pun adalah jodoh.Berkahwin dengan orang yang asalnya bukan Islam pun adalah jodoh hatta berkahwin dengan doktor mesin katang sekalipun tetap adalah jodoh.Sebab jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta,jadi ia boleh datang dalam macam macam rupa.

Jangan menyesal yang lalu,jangan menyumpah yang sudah.Memang dalam hidup kau,kau akan jumpa si hantu 1,si celaka 2,si jahat 3,si kaki kikis 4,si mulut longkang 5,si jahanam 6,boleh jadi sampai si bangsat 10,sebelum kau berjumpa dengan jodoh,
lepas itu tak ada nombor dah.

Kalau kita betul betul nak tahu apa akhir cerita cinta kita,kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.Dan seperti kawan saya cakap tadi,tempatnya cuma ada satu.

Dekat mana tempatnya ?

DIA yang satu ~

8 comments:

  1. Assalamualaikum ..
    New entry .alhamdulillah ..keep it up .Allah akn bantu hambaNya yg sentiase berada di jalanNya . doktor mesin katang ?? :)

    May Allah ease your way .

    ReplyDelete
  2. doktor mesin katang.ya,may allah ease everything,amiin :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum . Syukran di atas perkongsian pada entry terkini enta ni :)
    May Allah always bless you :) "Jodoh" ~

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian ini..isinya bgus n sampai..terima kasih..

    ReplyDelete