Thursday 7 November 2013

Surat Untuk Kekasih

 
         
            Awak,buat apa?dah makan?ada sakit apa apa?kerja okey?study okey?hari ini ada apa apa nak mengadu tak?kalau semua beres,baguslah.Awak,hari ini cinta masih kuat.Rindu masih ligat.Tapi masa depan kita tak boleh teka teka.Mana tahu hari esok tiada jodoh antara kita.Maka itulah tujuan surat ini.Sebagai penguat semangat.Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab tak nak ingat.


           Awak,seperti malam boleh menjadi pudar.Hujan boleh berhenti.Bunga tak berkembang.Begitu juga dengan hati dan perasaan.Bpleh sahaja hati dan perasaan itu kurang atau hilang tiba tiba.Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak saya atau awak.Itu semua mungkin kehendak Tuhan.Kehendak Tuhan kena pasrah.Tak boleh resah,parah atau marah marah.Dan jangan pula awak menyerah kalah.


           Benda dah lepas,maka lepaskanlah.Pegang masa depan dengan erat.Andai ianya terlepas,awak baca semula ayat pertama perenggan ini.Awak,biasakanlah hidup tanpa saya.Risau risau saya hilang tiba tiba.Hilang diambil tuhan atau hilang tanpa berita.Mungkin cinta saja tak cukup.Mungkin bayangan awak di syiling setiap malam tak cukup,mungkin mimpi indah juga tak cukup.Mungkin apa yang cukup mungkin juga tak nampak cukup.


Deep kan ayat saya tadi?
Saya baru terfikir,terasa genius jugak.


          Awak,jika hubungan kita berakhir,dan saya kelihatan tak ambil peduli tentang awak,percayalah saya peduli.Apa orang lain fikir,saya tak peduli.Saya cuma tak mahu menganggu.Menganggu hidup dan hati.tak perlu ditunggu,cukup jika awak bahagia dan tak pernah termanggu.Dalam cinta,tak ada tapi tapi.Tak ada keputusan seri.Perlu jelas dan sentiasa bererti.


         Andai saya kalah memiliki awak,maka saya terima segala kekurangan saya.Andai awak kalah memiliki saya,maka awak kena terima yang awak rugi gila.Tiba tiba saya rasa melankolik.Rasa macam pasir masuk mata.Tapi jangan risau,bab sedapkan hati sendiri,saya cukup terer.Jika tanpa saya atau adanya saya,benda paling penting ,awak happy.Awak happy,saya pun happy.Kalau rabak sikit sikit itu perkara biasa.


        Saya sudahkan surat saya ini dengan ucapan maju jaya.Semoga cinta ada ruang.Semoga kita ada peluang.Andai semua sudah terbuang.Jangan pernah berhenti berjuang.Salam sayang teramat sayang untuk kekasih saya yang manis tapi kadang kadang bengis.Surat ini hanya valid kalau tiba tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih.Kalau belum anggap sahaja saya tulis di bawah pengaruh separuh sedar.Bak kata sahabat saya yang ala ala kembar drama yang meletup di tv3 sekarang,"jaga hati sebab allah,jaga diri sebab allah,insyaallah.Ma Fi Qalbi Ghairullah"- fi amanillah.

No comments:

Post a Comment