Tuesday 12 November 2013

peringatan untuk awak



Awak,
Tak semua perempuan itu pandang hati.Jadi awak siap siapkanlah diri.Dengan harta berguni guni.Dah awak sendiri nak muka macam romeo n julie.Setakat pakai kereta kenari,makwe kilang sekarang pun demand tinggi.Minta minta orang begini dijauhi.

Awak,
Tak semua lelaki berperangai syaitan.Masih ada dua tiga orang yang siuman.Ynag jenis tak pandang awak punya cutting badan.Yang jenis pandang muka keibuan.Jadi tak payah lah awak asyik nak buat perbandingan.Muka awak dengan zaara amirah bagai langit dengan lautan.Jadi jagalah perangai awak,jangan jadi murahan.Hantar gambar awak tanpa seurat tenunan.pahala tak dapat,dosa pula awak berkenan.

Awak,
Tak semua jenis lelaki yang awak idamkan.Jenis apa yang awak minta,dia lambak penuh satu taman.Jenis semua kerenah manja awak,mengajuk awak,dia nak pujukkan.Awak ini pun beragak agaklah kan.Belajar tak sampai 24 bulan,dah minta cincin berlian.Awak ingat dia anak jutawan.come on lah,adik awak pun tak cukup makan.Siap pau awak cukup hujung bulan.

Awak,
Moga awak mengerti.Hidup bercinta tak manis hari hari.Ada masa orang akan pergi.Ada masa awak sendiri lari.Moga awak tak makan diri.Setakat baru bercinta 18 bulan dah nak bunuh diri,balik semula ke Ilahi.

Tapi,
Cinta seronok.sepi.kadang kadang rindu.

Jadi,
Untuk dapat bahagia,minta pada Dia.Untuk ditemukan dengan teman hidup yang faham jiwa raga kita,minta pada Dia.Untuk diberikan kekuatan untuk jiwa yang punah ranap,minta pada Dia.Jangan minta sekali.Jangan minta dua kali.Tapi minta berkali kali.Semakin kita minta,semakin kita dekat dengan Dia.Semakin kita dekat dengan Dia,Semakin kita menemukan hikmah dan nikmatNya.Jangan dikeluh sangat hati yang bersepai,terkoyak,berkecai.Kalau dikongsi dengan seluruh isi dunia sekalipun,takkan mampu ubah apa apa.cari Dia.ma fi qalbi ghairullah.

No comments:

Post a Comment