Saturday 3 November 2012

Jantung Hati

Assalamualaikum


Saat kamu berumur 1 tahun,dia menyuapi dan memandikan kamu
sebagai balasan kamu menangis sepanjang malam
Saat kamu berumur 2 tahun,dia mengajar kamu berjalan
sebagai balasan kamu hilang semasa dia memanggilmu
Saat kamu berumur 3 tahun,dia memanaskan bubur nasi dengan kasih sayang
sebagai balasan kamu buang mangkuk berisi bubur ke lantai
Saat kamu berumur 4 tahun,dia menghadiahkan kamu pensil warna
sebagai balasan kamu conteng dinding rumah serta meja
Saat kamu berumur 5 tahun,dia membelikan kamu pakaian pakaian yang mahal
sebagai balasan kamu kotorkannya dengan lumpur
Saat kamu berumur 6 tahun,dia menghantar kamu ke tadika
sebagai balasan kamu menjerit tak nak ke tadika
Saat kamu berumur 7 tahun,dia membelikan kamu bola
sebagai balasan kamu pecahkan cermin tingkap 
Saat kamu berumur 8 tahun,dia mengajar kamu membaca al quran
sebagai balasan kamu menangis apabila ditegur tersalah bacaan
Saat kamu berumur 9 tahun,dia menghantar kamu mengaji di rumah ustaz dengan alasan bosan di rumah
sebagai balasan kamu melencong ke rumah kawan
Saat kamu berumur 10 tahun,dia membelikan kamu sebuah basikal fixie
sebagai balasan kamu tunggang ala ala mat rempit sehingga kemalangan
Saat kamu berumur 11 tahun,dia menyarankan kamu menggunting rambut
sebagai balasan kamu menjawab mereka tak tahu dunia keremajaan
Saat kamu berumur 12 tahun,dia suruh kamu tutup aurat
sebagai balasan kamu "panas lah mak!!"
Saat kamu berumur 17 tahun,dia bagi wang saku ke sekolah
sebagai balasan kamu main snooker bersama rakan
Saat kamu berumur 18 tahun,dia hadiahkan kamu Blackberry supaya call setiap minggu
sebagai balasan kamu call teman teman
Saat kamu berumur 19 tahun,dia membayar pendaftaran kamu di IPT dan menghantar kamu ke kampus
sebagai balasan kamu minta jauh diturunkan dari pintu gerbang agar kamu tak malu dengan rakan
Saat kamu berumur 24 tahun,dia memeluk kamu sambil memberi ucapan tahniah pada majlis konvokesyen
sebagai balasan kamu kata,cepat sikit saya nak ambil gambar bersama kawan kawan pula
Saat kamu berumur 25 tahun,dia menyarankan satu pekerjaan yang bagus untuk masa depan
sebagai balasan kamu cakap,saya tak mahu jadi macam mak!
Saat kamu berumur 26 tahun,dia mencalonkan seseorang kepada kamu
sebagai balasan,kamu kata,"saya nak kahwin atau mak nak kahwin?!!"
Saat kamu berumur 28 tahun,dia memberi petua menjaga bayi
sebagai balasan kamu kata zaman sekarang dah berubah mak!!
Saat kamu berumur 30 tahun,dia menasihatkan cucunya mengerjakan solat
sebagai balasan kamu cakap "saya tak marah anak saya tak solat,mak jangan masuk caampur!!"
Saat kamu berumur 35 tahun,dia menelefon kamu katanya rindu
sebagai balasan"makk!saya dalam meeting ni !" tettt..teett..telefon dimatikan
Saat kamu berumur 40 tahun,dia sakit sehingga memerlukan rawatan
sebagai balasan kamu hantar ke rumah kebajikan

Dan sehingga suatu hari dia meninggal
Pada saat itu baru kamu menyesal
Dari kandungan kamu dijaga rapi hingga saat dilahirkan
Tiada seekor nyamuk pun berani menggigit badan
Terdengar suara tangisan,cepat cepat berhenti meninggalkan segala keutamaan
Membelai kamu,mendodoi kamu tepat pada masa yang diinginkan
Itulah pengorbanan
Pengorbanan seorang insan
Yang sanggup menggadai nyawa saat melahirkan
Hormatilah ibu,mak,ummi wahai sahabat sahabat sekalian

Wahai ibuku wahai ayahku 
Didiklah kamu semua
Ajarlah kami asuhlah kami 
Dengan betul dan bijaksana
Perkataan maki hamun
Jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah Rasul mulia

No comments:

Post a Comment